X

Kindly register in order to view this article
!

Persatuan gesa menteri tangguh larangan merokok di kedai makan

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Sekumpulan perokok yang mencabar larangan merokok di kedai-kedai makan, merayu Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad menangguhkan penguatkuasaan sehingga perkara itu diselesaikan di Mahkamah Rayuan.

Pengerusi Persatuan Kesedaran Perokok, Mohd Hanizam Yunus berkata, kumpulannya merayu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka dengan pengurusan kes ditetapkan pada 17 Januari tahun depan.

Mohd Hanizam berkata, pihaknya mengarahkan peguam Haniff Khatri untuk menulis kepada Dzulkefly dan meminta beliau menggunakan budi bicara dalam menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

"Kami difahamkan oleh peguam kami, Haniff Khatri bahawa surat permohonan lanjutan morotorium itu telah dihantar kepada YB Menteri Kesihatan pada 24 Disember lalu, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan.

"Ini adalah untuk membolehkan mahkamah rayuan selesaikan proses dan bicara rayuan yang masih wujud di situ, agar tidak ada prejudis kepada kesemua pihak, sama ada pihak pelaksana Kementerian mahupun pihak perokok," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Berbesarlah hati kami sekiranya YB Menteri Kesihatan dapat mengeluarkan satu kenyataan yang positif, adil dan saksama terhadap permohonan kami ini sebelum 1 Januari 2020," katanya.

Pengharaman merokok di kedai-kedai makan berkuat kuasa tahun ini.

Dzulkefly berkata buat permulaan pihak berkuasa menggunakan pendekatan 'berlembut' kepada perokok yang masih ingkar tanpa mengeluarkan denda, sebaliknya memberikan nasihat kepada mereka.

Bagaimanapun, penguatkuasaan penuh akan bermula tahun depan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!