RM26.5 juta baik pulih infrastruktur sekolah di Selangor

Johary (empat dari kanan) pada majlis penyerahan Program Penyerahan Bantuan Sekolah 2023 kepada lima buah sekolah di Bilik Gerakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Seksyen 5 di sini pada Rabu.

A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM26.5 juta untuk membaik pulih infrastruktur sekolah bagi menyediakan persekitaran lebih kondusif pada tahun ini.

Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Johary Anuar berkata, program bantuan itu melibatkan sebanyak 993 buah sekolah di negeri berkenaan.

Menurutnya, jumlah bantuan disalurkan pula berdasarkan permohonan dikemukakan pihak sekolah kepada pihak urusetia yang menilai keperluan bagi setiap permohonan yang dibuat.

"Bantuan pembaikan atau baik pulih infrastruktur sekolah ini termasuklah pembaikan tandas, pasang bumbung, (bina) dewan terbuka dan kerja -kerja pembaikan kelas.

"Ia meliputi kesemua sekolah yang ada di Selangor termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil serta sekolah persendirian dan sekolah agama di bawah bantuan kerajaan," katanya.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Labohan Dagang, Mhd Sazali Jailani merupakan salah seorang daripada lima wakil pihak sekolah menerima bantuan pada Rabu.
Guru besar Sekolah Kebangsaan Labohan Dagang, Mhd Sazali Jailani merupakan salah seorang daripada lima wakil pihak sekolah menerima bantuan pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan Program Penyerahan Bantuan Sekolah 2023 kepada lima buah sekolah di Bilik Gerakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Seksyen 5 di sini pada Rabu.

Pada 7 Julai lalu, bantuan sama disalurkan melibatkan sebanyak 988 buah sekolah dan bantuan kepada lima buah sekolah hari ini melengkapkan jumlah keseluruhan sekolah iaitu sebanyak 993 buah.

Artikel Berkaitan: