Pemain bola sepak Maghribi berhijab di Piala Dunia Wanita

Nouhaila Benzina. - Agensi
Nouhaila Benzina. - Agensi
A
A
A

DELAIDE - Pemain pertahanan Maghribi, Nouhaila Benzina menjadi individu pertama yang dibenarkan memakai tudung atau hijab dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia Wanita 2023 semasa menentang pasukan dari Korea Selatan.

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menarik balik larangan pemakaian tudung yang dikenakan hampir sedekad lalu, bimbang mengenai keselamatan pemain.

Nouhaila, 25, yang juga bermain dalam Persatuan Sukan kelab Angkatan Tentera Diraja di Rabat, bermain menentang Korea Selatan di Adelaide pada Ahad dan menang 1-0.

Beliau memberitahu stesen penyiaran Al-Jazeera baru-baru ini bahawa penyertaannya menyertai Piala Dunia dengan memakai tudung cukup membanggakannya.

"Banyak kerja telah dilakukan selama bertahun-tahun dan Alhamdulillah ia mendapat hasil yang positif.

"Kami berharap dapat bermain hingga ke peringkat lebih tinggi dan menjaga maruah Maghribi," katanya.

Sebelum ini, beberapa sukan lain telah menarik balik larangan sama termasuk bola keranjang, tetapi perlawanan bola sepak masih tidak dibenarkan semasa perlawanan rasmi di Perancis. - Agensi