'Tanpa anda, mereka mungkin berteduhkan atap usang, langit biru'

Foto FB Lembaga Zakat Selangor
Foto FB Lembaga Zakat Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan, 19,093 keluarga asnaf di negeri ini menerima bantuan sewa rumah, baik pulih rumah juga pembinaan rumah baharu pada tahun lalu.

Menurut LZS, bagi tujuan itu, pihaknya sudah mengagihkan RM122.6 juta sepanjang 2022.

Agihan berkenaan membabitkan 98 keluarga asnaf yang menerima bantuan membina rumah baharu, 772 keluarga bagi baik pulih rumah dan 18,233 bagi bantuan sewa rumah di seluruh Selangor.

"Terima kasih kepada pembayar zakat yang setia membayar di (Lembaga) Zakat Selangor.

"Anda telah berjaya membantu para asnaf di luar sana untuk menerima tempat berteduh yang lebih sempurna bersama keluarga yang tersayang.

"Tanpa anda, mungkin mereka masih berteduhkan atap usang atau langit biru," kata LZS dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

LZS turut menyeru umat Islam supaya terus berzakat dan ia boleh ditunaikan melalui https://fpx.zakatselangor.com.my.

Artikel Berkaitan: