Beberapa wajah baru dalam Kabinet bakal bawa perubahan

Barisan Menteri baharu (dari kiri) Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (kanan) dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menandatangani Surat Cara Pelantikan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan di Istana Negara pada Selasa. - Foto Bernama

A
A
A

Rombakan Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menampilkan empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Selasa.

Tindakan merombak semula barisan Jemaah Menteri merupakan usaha baik, namun ia perlu disusuli dengan kemampuan seterusnya kredibiliti pemimpin berkualiti mampu membawa perubahan yang besar kepada negara.

Langkah tersebut merupakan kaedah yang baik walaupun agak mustahil untuk menilai prestasi pemimpin yang baharu sahaja diberi tanggungjawab mengurus tadbir sebuah kementerian dalam tempoh satu penggal.

Namun, perkara itu tidak mustahil sekiranya mereka mempunyai rancangan dan pelan pembangunan yang lebih baik dan tidak hanya sekadar bercakap tanpa memberi solusi praktikal.

Wajah-wajah baharu yang menghiasi beberapa kementerian mampu membawa perubahan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Antara menteri baharu yang dilantik ialah Ahli Parlimen Titiwangsa dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi); Ahli Parlimen Damansara dan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo (Menteri Digital).

Al-Sultan Abdullah berkenan menyaksikan barisan Menteri baharu (dari kiri) Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Digital Gobind Singh Deo mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan di Istana Negara pada Selasa. - Foto Bernama

Selain itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan) dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Menteri Kewangan II) yang dilantik senator, manakala Steven Sim Chee Keong yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, jumlah menteri dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan meningkat daripada 28 orang kepada 31 orang.

Ia berikutan pertambahan empat kementerian baharu iaitu Kementerian Peralihan Tenaga dan Guna Awam, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Komunikasi serta Kementerian Digital.

Hasil rombakan tersebut menunjukkan prestasi beberapa menteri dilihat kurang memuaskan dan kerajaan terpaksa menambah beberapa kementerian bagi memastikan tadbir urus yang baik dapat dilaksanakan.

Walaupun terdapat barisan Kabinet yang pernah berkhidmat bersama kerajaan pada tahun 2018, namun tumpuan penuh diberikan kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Terdapat pelbagai pihak beranggapan lantikan semula Dr Dzulkefly dilihat berupaya melakukan transformasi terhadap sistem kesihatan negara.

Berdasarkan kepada pengalaman menerajui Kementerian Kesihatan sejak tahun 2018 hingga 2020 sebelum perubahan kerajaan, beliau dilihat mampu menyempurnakan dan menambah baik akta-akta sedia ada yang bersesuaian mengikut situasi semasa.

Selain itu, pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi bukan sesuatu yang mengejutkan, malah beliau pernah menyandang jawatan Menteri Kewangan II semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari Jun 2016 sehingga peralihan dalam kerajaan pada Mei 2018.

Selepas melihat rombakan Kabinet dalam kerajaan, barisan Jemaah Menteri di bawah pimpinan Anwar diharapkan dapat melaksanakan tugas sehingga akhir penggal dengan baik dan cemerlang.