Majikan laksana kerja dari rumah terima banyak kebaikan

Bekerja dari rumah memberi banyak kelebihan kepada pekerja dan majikan. Foto hiasan
Bekerja dari rumah memberi banyak kelebihan kepada pekerja dan majikan. Foto hiasan
A
A
A

WABAK Covid-19 melanda negara pada awal tahun 2020 menjadi titik permulaan kepada perubahan corak pekerjaan yang membenarkan warga kerja bertugas dari rumah demi kelangsungan operasi sesebuah syarikat.

Usaha dilakukan oleh pihak syarikat dalam memberi kelonggaran kepada pekerja ternyata mendapat sambutan kerana ramai yang bersetuju bahawa bekerja dari rumah lebih memudahkan dan menjimatkan.

Bagaimanapun, selepas negara pulih daripada wabak berkenaan, corak pekerjaan mula kembali kepada asal yang mana ia menuntut warga kerja untuk bekerja di pejabat.

Susulan daripada keselesaan bekerja daripada rumah, ramai yang menyatakan bahawa mereka lebih menyukai kebebasan bekerja daripada rumah.

Berdasarkan laporan muka hadapan Sinar Harian pada 7 Mei, sebanyak 87 peratus lebih suka bekerja dari pejabat sekurang-kurangnya tiga hari seminggu.

Data berkenaan diperoleh daripada kajian oleh Randstad Malaysia bermula 23 Oktober hingga 11 November, melibatkan 27,000 responden berumur 18 tahun hingga 67 tahun dari 35 negara.

Pengarah Negara Randstad Malaysia, Fahad Naeem berkata, 14 peratus lebih suka bekerja dari pejabat sekurang-kurangnya dua hari seminggu.

“Walaupun mereka mengharapkan fleksibiliti kerja, namun realitinya berbeza. Satu daripada dua responden menunjukkan majikan kenakan mandatori lima hari polisi kerja di pejabat, sementara sembilan peratus lagi bekerja kurang dua hari seminggu.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, satu daripada 10 responden mengatakan bahawa majikan mereka tidak mempunyai polisi pekerjaan yang fleksibel,” ujarnya.

Pendedahan oleh Randstad Malaysia itu secara tidak langsung membuktikan bahawa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang mahukan fleksibiliti dalam pekerjaan.

Menurut Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, trend bekerja dari rumah atau masuk pejabat tiga hari seminggu dapat memberi impak positif dari segi perbelanjaan utiliti, ruangan pejabat dan produktiviti pekerja.

Menurutnya, aspek positif yang diterima pihak syarikat adalah tidak perlu memikirkan ruangan pejabat atau meja untuk disediakan kepada pekerja memandangkan mereka bekerja dari rumah.

Bukan itu sahaja, majikan juga dapat menjimatkan perbelanjaan kos utiliti yang ditanggung termasuk bil elektrik, air penyaman udara, internet, gas dan telefon.

Pun begitu, penulis tidak menafikan ia memberi banyak impak kepada pekerja dan majikan, namun tidak semua sektor pekerjaan boleh melaksanakan konsep kerja dari rumah.

Bagaimanapun, cadangan berkenaan mungkin boleh dilakukan kepada mana-mana syarikat yang tidak terjejas operasinya jika melaksanakan dasar kerja dari rumah.

Ini kerana, ia secara tidak langsung akan mengurangkan kesesakan jalan raya pada waktu pagi dan membolehkan pekerja yang perlu ke pejabat menikmati ‘keseronokan dan kesenangan’ pergi ke tempat kerja.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!