Rosol nafi dakwaan bakal sokong PM

Rosol menafikan maklumat tular menunjukkan seolah-olah beliau akan membuat kenyataan berhubung sokongan kepada Perdana Menteri.
Rosol menafikan maklumat tular menunjukkan seolah-olah beliau akan membuat kenyataan berhubung sokongan kepada Perdana Menteri.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menafikan maklumat tular kononnya beliau akan memberikan kenyataan berhubung sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menafikan akan berbuat demikian dan menyifatkan ia adalah maklumat palsu yang sengaja disebarkan dengan tujuan berniat jahat.

"Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikan kepada mana-mana pihak, terutama pihak media.

"Penyebaran berita palsu itu dipercayai dilakukan oleh pihak tertentu untuk menggugat kesepaduan parti dan menjatuhkan imej Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu.

"Saya tetap teguh dan kekal taat setia bersama rakan pemimpin lain bagi meneruskan perjuangan dalam PN," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Rosol menegaskan, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang cuba memanipulasi atau melakukan tindakan tidak bertanggungjawab seperti menularkan berita palsu itu.

Katanya, beliau percaya tindakan itu sengaja dibuat selepas beberapa Ahli Parlimen PN mengambil langkah mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

@sinarharianonline

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menafikan maklumat tular kononnya beliau akan memberikan kenyataan berhubung sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Politik #Sokongan #Nafi #AnwarIbrahim

Artikel Berkaitan:

Epic Cinematic - Florews

"Semua Ahli Parlimen PN telah menyatakan kesetiaan masing-masing dan akan terus menjunjung nilai kebersamaan dan kesepaduan dalam perjuangan Bersatu dan PN," ujarnya.

Pada Isnin tular tangkap layar bertajuk 'Sokong PM: Rosol akan keluar kenyataan esok' yang disebarkan menerusi aplikasi pesanan mudah alih WhatsApp.

Berita palsu itu disebarkan menggunakan nama sebuah akhbar tempatan yang menggambarkan seolah-olah Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Pada Isnin, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa terdapat tujuh hingga lapan ahli parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) akan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan tidak lama lagi.

Beliau yang sebelum ini telah mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan berkata, kesemua Ahli Parlimen PN itu daripada beberapa negeri yang sememangnya dari kawasan majoriti Melayu.