MP Bersatu sokong PM, Shahidan guna anologi 'ketuk ular'

Shahidan - Foto Bernama
Shahidan - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menggunakan anologi 'ketuk ular' bagi mengulas tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang umum secara terbuka menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, bagi memastikan tidak ada lagi ahli Parlimen pembangkang khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar parti, caranya adalah dengan mengetuk kesemua ular yang menjadi puncanya.

"Bukit Gantang sudah lompat nanti ramai yang join pembangkang. Tidak ada masalah.

"Walaupun orang ramai kata hari ini kesedihan tetapi saya bersyukur di atas ujian ALLAH.

"Kita reda bermakna apabila saya ambil teori Mao Zedong...

"Mao Zedong kata, kalau ular ada dalam lubang itu kita tidak tahu berapa ekor, kalau keluar seekor kita ketuk dan keluar lagi seekor kita ketuk sudah terlambat.

"Cari jalan supaya semua keluar, lepas tu kita ketuk semua.

"Jadi hari ini seekor ular sudah keluar dan itu hal penghabis, (mungkin) tidak ada lagi," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Shahidan dalam masa sama juga tidak menolak kemungkinan ahli Parlimen yang lompat itu akan kembali ke pangkuan Perikatan Nasional.

Syed Abu Hussin Hafiz pada Selasa mengumumkan secara terbuka menyokong kepimpinan Anwar.

Beliau merupakan wakil rakyat kelima daripada Bersatu yang mengambil tindakan sedemikian.

Artikel Berkaitan: