'Saya masih Ahli Parlimen PN' - Mohd Azizi

Mohd Azizi Abu Naim menegaskan di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa beliau masih lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
Mohd Azizi Abu Naim menegaskan di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa beliau masih lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim akhirnya bersuara di Dewan Rakyat pada Selasa susulan kontroversi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan masih lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

“Saya masih Ahli Parlimen Perikatan Nasional dan saya juga mengesahkan kenyataan yang dibuat itu (sokong PM) adalah daripada saya sendiri tanpa ada apa-apa unsur paksaan atau pun sebaliknya.

“Itu semua dari keikhlasan saya,” katanya sebelum mengutarakan soalan kedua pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sebelum ini, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, Mohd Azizi kini berada di blok kerajaan.

Azizi menjadi Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketiga yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada Anwar.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terbela, selain terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.

Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengambil tindakan sama.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, Zahari Kechik (PN-Jeli) juga mengisytiharkan sokongan sama dengan alasan permasalahan kos sara hidup dan himpitan keperluan asas yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut termasuk isu pembangunan.