PDRM belasah Kelantan FC, 7-2

Pemain PDRM meraikan jaringan gol ketika menentang Kelantan FC pada perlawanan Liga Super di Kelana Jaya pada Ahad.
Pemain PDRM meraikan jaringan gol ketika menentang Kelantan FC pada perlawanan Liga Super di Kelana Jaya pada Ahad.
A
A
A

JUARA Piala Cabaran, PDRM FC meneruskan momentum positif pemburuan kelompok terbaik Liga Super apabila membelasah Kelantan FC, 7-2 dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad

The Cops kendalian Datuk Ahmad Yunus Alif memulakan kempen gol apabila mendahului 2-0 bagi memimpin perlawanan pada separuh masa pertama.

Dua gol The Cops dijelmakan hasil jaringan pemain import James Okwuosa (m-19) diikuti Izaaq Izhan Yuswardi pada masa kecederaan (m-52).

Separuh masa kedua, The Red Warriors (TRW) kendalian Alfredo Angel Vera terus ketinggalan apabila tuan rumah melebarkan jaringan menerusi dua gol daripada Kyaw Min Oo (m-59) dan Bruno Suzuki (m-62)

Namun TRW yang tidak mengalah merapatkan jurang menerusi Mohamad Khala'If Mohd Naskam (m-63) sebelum Bruno menambah gol kedua pada minit ke-64.

TRW berusaha bangkit memberikan saingan menerusi gol daripada Leonardo Rolon (m-72), namun The Cops tampil lebih garang dengan jaringan Muhammad Nur Iqmal Harun (m-74) sebelum Bruno melengkapkan hatrik pada minit ke-90 untuk tiga mata tuan rumah.

Kemenangan itu membolehkan The Cops kekal di tangga kelapan liga dengan 37 mata selepas mengharungi 25 perlawanan.

TRW pula kekal di tangga ke-14 liga dengan lapan mata selepas mengharungi 25 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

The Cops akan berdepan Selangor FC dalam perlawanan terakhir liga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad ini.

TRW pula akan berdepan Kelantan United dalam Derbi Kota Bharu di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Sabtu.