16 pasukan rebut status juara Piala Global 2023

Antara pasukan yang layak ke Grand Final Piala Global 2023.
Antara pasukan yang layak ke Grand Final Piala Global 2023.
A
A
A

KEJOHANAN Bola Sepak Yakult Piala Global 2023 sekali lagi menjadi tumpuan apabila ia mula memasuki peringkat Grand Final yang menghimpunkan 16 pasukan terbaik Malaysia.

Kejohanan Bawah 12 Tahun yang memasuki edisi ketiga penganjuran itu akan diadakan di Serimas Sportplex, Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu ini.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase berkata, pihaknya gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima daripada komuniti bola sepak tempatan.

“Ramai yang berminat menyertai kejohanan ini tetapi kami hanya mengambil 64 pasukan yang terawal bagi menyertai peringkat saringan di empat zon berbeza disebabkan kekangan masa.

“Saya berharap agar mereka yang menyertai kejohanan ini akan menjadi pemain bola sepak yang berjaya satu hari nanti.

“Kejohanan ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu menyebarkan kesihatan kepada seramai yang mungkin.

Antara pasukan yang berjaya ke Grand Final Piala Global 2023.
Antara pasukan yang berjaya ke Grand Final Piala Global 2023.

“Untuk maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti Yakult, layari laman sesawang Yakult di www.yakult.com.my,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Piala Global mula dianjurkan pada 2019 sebelum dihentikan seketika pada 2020 dan 2021 ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Ia kemudiannya kembali diteruskan pada 2022 dan tahun ini.

Objektif utama penganjuran kejohanan itu adalah untuk memberi peluang kepada bakat-bakat muda tempatan bersaing dalam kejohanan kompetitif di peringkat umur 12 tahun.

Selain itu, ia memberi peluang kepada pemain cilik tempatan memperlihatkan bakat mereka untuk dinilai oleh pencari-pencari bakat yang sering hadir sepanjang kejohanan itu dilangsungkan.