Banjir di Kelantan, 27 mangsa masih tinggal di PPS

A
A
A

PASIR MAS - Cuaca yang semakin baik ketika ini menyaksikan keadaan banjir di Kelantan bertambah pulih apabila hanya 27 mangsa masih tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) pada Ahad.

Sekretariat Pengurusan Bencana Banjir Jajahan Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, setakat jam 4 petang kesemua mangsa itu terdiri daripada tujuh keluarga di Rantau Panjang, Pasir Mas.

"Bagaimanapun, Kampung Tersang, Jalan Kampung Tersang dan Kampung Bendang Parol, Tok Deh masih lagi ditenggelami banjir," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, bacaan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada tahap berjaga-jaga meskipun semakin menurun kepada 7.09 meter.

Ujarnya, pemantauan berterusan di kawasan berpotensi banjir masih lagi dilakukan dari masa ke masa.

Artikel Berkaitan: