Tiga kampung di Pasir Mas masih ditenggelami banjir

Anggota APM turut memeriksa paras air Sungai Lanchang yang juga menunjukkan tren menurun.
Anggota APM turut memeriksa paras air Sungai Lanchang yang juga menunjukkan tren menurun.
A
A
A

PASIR MAS - Situasi banjir yang melanda negeri ini sejak minggu lalu semakin pulih apabila hanya tiga kampung di jajahan Pasir Mas masih ditenggelami air pada Sabtu.

Kampung terlibat ialah Tersang, Bendang Parol di To'Deh dan jalan Kampung Tersang.

Anggota APM meninjau paras air Sungai Golok di Rantau Panjang yang menunjukkan tren menurun.
Anggota APM meninjau paras air Sungai Golok di Rantau Panjang yang menunjukkan tren menurun.

Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, setakat ini seramai 230 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) To' Deh.

"Ia melibatkan 78 keluarga dan cuaca di sini makin baik," katanya kepada pemberita.

Pihak NGO terus menyalurkan bantuan kepada penduduk yang masih terjejas dengan banjir.
Pihak NGO terus menyalurkan bantuan kepada penduduk yang masih terjejas dengan banjir.

Menurut beliau, bagaimanapun hanya dua jalan di kawasan Rantau Panjang masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang (Masjid Padang Licin) dan Jalan SK Gual To' Deh (berhampiran padang bola).

Mohd Arif memberitahu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan tren menurun.

Artikel Berkaitan: