McDonald’s Malaysia santuni mangsa banjir di Terengganu

APM telah membantu McDonald’s Malaysia untuk membawa sumbangan dan pek makanan kepada mangsa banjir di Terengganu.
APM telah membantu McDonald’s Malaysia untuk membawa sumbangan dan pek makanan kepada mangsa banjir di Terengganu.
A
A
A

SHAH ALAM - McDonald’s Malaysia sekali lagi mempamerkan komitmen mereka terhadap tanggungjawab sosial dengan turun padang dan menghulurkan tangan membantu mangsa banjir di Terengganu yang terjejas akibat kesan Monsun Timur Laut.

Program kemasyarakatan McDonald’s yang dikenali melalui Program Komuniti McDonald’s dan RMHC telah memberikan sumbangan berharga dalam meringankan beban masyarakat yang memerlukan.

Ketika banjir melanda negeri Terengganu, pasukan McDonald’s Malaysia di Terengganu segera memberikan bantuan dengan menyediakan kotak amal yang mengandungi keperluan khas untuk mangsa banjir.

Inisiatif McDonald’s telah meringankan bebanan mangsa banjir.
Inisiatif McDonald’s telah meringankan bebanan mangsa banjir.

Antara lokasi yang menjadi fokus sumbangan adalah daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Kotak amal pula diangkut menggunakan aset kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Nerus.

Menerusi program itu, hampir 200 keluarga yang terjejas menerima sumbangan berkeperluan khas melalui pusat-pusat pemindahan seperti Pusat Pemindahan Dewan Gong Datok, Dewan Alor Damat Bukit Rakit, Masjid Padang Hangus, dan Sekolah Kebangsaan Atas Tol.

Mereka telah menerima kotak amal yang mengandungi pek-pek makanan dan minuman, malah sukarelawan McDonald’s juga memberikan sokongan praktikal kepada mereka yang sedang menghadapi cabaran kesukaran akibat banjir.

Komited bantu masyarakat

Artikel Berkaitan:

Beberapa sukarelawan McDonald’s Malaysia dan APM sedang menyusun sumbangan dan pek makanan yang diberikan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Beberapa sukarelawan McDonald’s Malaysia dan APM sedang menyusun sumbangan dan pek makanan yang diberikan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.



Masyarakat menyuarakan penghargaan terhadap usaha McDonald’s Malaysia dalam menyantuni mereka yang memerlukan walaupun ketika ini syarikat itu mungkin menghadapi tentangan awam yang datang daripada isu-isu kontroversial yang melibatkan boikot.

Pihak Majlis Pengurusan Kampung-Kampung (MPPK) dan warga komuniti yang menerima bantuan turut mengucapkan terima kasih kepada McDonald’s Malaysia serta semua pihak yang terlibat dalam menyokong mereka dalam ketika sukar ini.

Sumbangan ini bukan sahaja membantu secara fizikal tetapi juga memberikan zahir kesyukuran kepada masyarakat yang terjejas.

McDonald’s Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tanggungjawab korporat mereka dengan memberi tumpuan kepada inisiatif kemasyarakatan sejak bertahun-tahun yang lalu.

Beberapa penduduk kampung sekitar yang menerima bantuan yang disumbangkan oleh McDonald's Malaysia.
Beberapa penduduk kampung sekitar yang menerima bantuan yang disumbangkan oleh McDonald's Malaysia.

Selain daripada bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu, McDonald’s Malaysia juga sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk warga emas, anak-anak yatim, dan barisan hadapan negara di seluruh negara.

Dengan inisiatif ini, berharap syarikat-syarikat lain dapat mengambil contoh untuk turut serta dalam usaha membantu komuniti yang memerlukan, membina masyarakat yang lebih penyayang dan bersatu dalam menghadapi cabaran alam sekitar.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh McDonald’s Malaysia patut diberi penghargaan kerana kepekaan dan tindakan positif mereka dalam menyantuni mereka yang memerlukan, membuktikan bahawa perniagaan tidak hanya mengenai keuntungan semata-mata, tetapi juga tanggungjawab sosial kepada masyarakat.