Israel hargai pendirian AS di Majlis Keselamatan PBB

Netanyahu berkata Israel akan meneruskan perang untuk menumpaskan Hamas dan mencapai sasaran lain. - Foto fail/REUTERS
Netanyahu berkata Israel akan meneruskan perang untuk menumpaskan Hamas dan mencapai sasaran lain. - Foto fail/REUTERS
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan penghargaan kepada Amerika Syarikat (AS), atas pendirian negara itu dalam sesi pengundian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

AS menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi mendesak gencatan senjata dalam perang Zionis-Hamas di Gaza.

"Saya sangat menghargai pendirian yang diambil Amerika Syarikat dalam Majlis Keselamatan PBB.

"Negara lain perlu memahami pada satu sisi, adalah sukar untuk menyokong penghapusan Hamas, sementara pada satu sisi lagi mendesak perang ditamatkan, yang akan menghentikan operasi menghapuskan Hamas.

"Sehubungan itu, Israel akan meneruskan perang untuk menumpaskan Hamas dan mencapai sasaran lain dalam perang seperti yang sudah digariskan," katanya.

"Sehubungan itu, Israel akan meneruskan perang untuk menumpaskan Hamas dan mencapai sasaran lain dalam perang seperti yang sudah digariskan," katanya. - Awani

Artikel Berkaitan: