Komitmen Maguire, McTominay contoh terbaik di United

Maguire dan McTominay adalah contoh yang sesuai untuk diikuti pemain-pemain Manchester United. - Foto Agensi
Maguire dan McTominay adalah contoh yang sesuai untuk diikuti pemain-pemain Manchester United. - Foto Agensi
A
A
A

HARRY Maguire dan Scott McTominay adalah contoh yang sesuai untuk diikuti pemain Manchester United jika mahu mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama selepas kedua-duanya cemerlang dalam perlawanan baru-baru ini, kata pengurus Erik ten Hag.

United bergelut pada permulaan musim, namun empat kemenangan dalam lima perlawanan memantapkan semula armada Ten Hag untuk dinamakan pengurus terbaik Liga Perdana November.

Pemain pertahanan, Maguire dikritik hebat berada di ambang penyingkiran kelab penghujung musim apabila tersenarai dalam senarai pilihan dibeli sebelum memilih kekal dan berjuang untuk tempatnya.

Dia akhirnya bangkit semula akibat kecederaan menjadi pemain pertahanan pilihan pertama Ten Hag, menyaksikan bek tengah England itu membantu United mengekalkan tiga gol tanpa bolos untuk memenangi pemain terbaik bulan itu.

“Kami mempunyai skuad dan ada saingan dalaman. Jika anda mahukan musim yang berjaya, anda memerlukan lebih daripada 11 pemain. Ia akan berubah sepanjang musim.

“Scott dan Harry memainkan diri mereka untuk berada dalam pasukan. Itulah dedikasi yang anda harapkan daripada setiap pemain,” kata Ten Hag.

McTominay ialah penjaring terbanyak kelab dengan lima gol liga, mengatasi kesemua penyerang United digabungkan, dan Ten Hag mengakui tidak terkejut prestasi pemain antarabangsa Scotland itu.

“Dari saat pertama saya melihat Scott, dia mempunyai aura penyudah yang sangat baik. Sebab itu bukan satu kejutan. Apabila kami mendapat bola di sana, dia akan menamatkan dengan sentuhan paling mudah,” katanya.

Artikel Berkaitan: