Hojlund peminat Manchester United sejak kecil

Hojlund (kiri) bersama Ten Hag. - Foto: Agensi
Hojlund (kiri) bersama Ten Hag. - Foto: Agensi
A
A
A

MANCHESTER United menandatangani penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari kelab Serie A Itali, Atalanta dengan kontrak lima tahun sehingga 2028, kata kelab Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Butiran kewangan mengenainya tidak didedahkan, namun media Britain berkata, pemain berusia 20 tahun itu berharga $72 juta pound.

“Bukan satu rahsia lagi bahawa saya telah menjadi peminat kelab hebat ini sejak saya masih kecil dan saya bermimpi untuk keluar di Old Trafford sebagai pemain Manchester United.

“Sebaik sahaja saya bercakap dengan pengurus, saya tahu bahawa persekitaran ini akan menjadi sempurna untuk perkembangan saya.

“Saya teruja berpeluang untuk bekerja dengan salah seorang jurulatih terbaik di dunia,” ujar

Hojlund, yang sebelum ini bermain untuk FC Copenhagen dan Sturm Graz menyertai Atalanta pada permulaan musim 2022-23 dengan menjaringkan sembilan gol liga semasa musim pertamanya.

Dia juga berada dalam prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan Denmark tahun ini setelah menjaringkan enam gol dalam empat penampilannya.

Untuk rekod, United memerlukan penyerang selepas menghabiskan separuh akhir musim lalu dengan Wout Weghorst mengetuai barisan hadapan yang hanya menjaringkan dua gol dalam 31 perlawanan.

Pengendali United, Erik ten Hag juga berharap selain membawa gol ke Old Trafford, Hojlund juga keupayaannya untuk menahan bola yang boleh mencipta peluang untuk pemain tengah menyerang seperti Bruno Fernandes dan Mason Mount.

“Bekerja di bawah Erik ten Hag dan jurulatihnya akan menyediakan Rasmus dengan platform pembangunan yang sempurna.

“Sepanjang musim panas kami telah bertindak pantas dan tegas untuk memastikan sasaran utama kami pada awal jendela perpindahan.

“Ini akan memastikan Erik dan jurulatihnya mempunyai peluang terbaik menyediakan skuad untuk meneruskan kejayaan dalam kempen yang menarik di hadapan,” kata pengarah bola sepak Manchester United, John Murtough.

Sebagai rekod, Hojlund menjadi pembelian ketiga United selepas ketibaan Mount dari Chelsea dan penjaga gol Andre Onana dari Inter Milan.

United menduduki tempat ketiga musim lalu dan mengesahkan tempat dalam Liga Juara-Juara.