Atlet Rusia, Belarus dapat lampu hijau ke Paris 2024

Sukan Olimpik Paris 2024 - Foto AFP
Sukan Olimpik Paris 2024 - Foto AFP
A
A
A

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan membenarkan atlet Rusia dan Belarus bertanding pada Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai neutral, tanpa bendera, lambang atau lagu kebangsaan.

“Lembaga Eksekutif IOC memutuskan atlet neutral individu yang telah layak melalui sistem kelayakan sedia ada Persekutuan Antarabangsa akan diisytiharkan layak untuk bersaing pada Sukan Olimpik Paris 2024 mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

“Atlet neutral ialah atlet dengan pasport Rusia atau Belarus.

“Tiada bendera, lagu kebangsaan, warna atau sebarang pengenalan lain Rusia dan Belarus akan dipaparkan pada Sukan Olimpik Paris 2024 di mana-mana sama ada di tempat rasmi atau sebarang majlis rasmi,” menurut IOC dalam satu kenyataan.

IOC berkata, atlet yang aktif menyokong perang di Ukraine tidak layak manakala mana-mana kakitangan sokongan yang berbuat demikian juga tidak dibenarkan masuk.

Menurut IOC tiada pegawai kerajaan atau negeri Rusia dan Belarus akan dijemput atau ditauliahkan untuk Sukan Olimpik Paris.

Sejak bermulanya perang, atlet Rusia dan Belarus telah ‘diharamkan’ atau disekat daripada pelbagai pertandingan di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan: