Small Town Heroes ulangi kejayaan di China

Ryon Lee mewakili Phua Chandler menerima trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Ryon Lee mewakili Phua Chandler menerima trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
A
A
A

SELEPAS mendominasi kemenangan di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) dengan memenangi tujuh trofi, filem Small Town Heroes mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi trofi pada Festival Filem Asia Pasifik ke-60.

Festival yang berlangsung bermula 1 Disember lalu di Macau, China telah menyaksikan pelakon cilik, Phua Chandler memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Filem yang diterbitkan Lomo Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Sunstrong Entertainment pada 2022 itu telah mendapat sentuhan pengarah, Ryon Lee.

Mengulas kemenangan Phua, Ryon Lee turut meluahkan rasa teruja dan berharap pengiktirafan yang diterima dapat membuka lebih banyak peluang dalam mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Kali ini, bagi pihak Small Town Heroes kami amat berbesar hati setelah dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Skor Asal Terbaik dalam kalangan filem dari 25 negara.

“Ia membuktikan bahawa pelakon kanak-kanak Malaysia juga berpeluang menerima pengiktirafan daripada juri bertaraf seluruh dunia.

“Bagaimanapun, pengalaman terbaik daripada perjalanan ini bukanlah anugerah tetapi peluang bertukar pengalaman dengan profesional perfileman dari rantau Asia-Pasifik,” katanya.

Sementara itu, penerbit Lomo Pictures Sdn Bhd, Aron Koh turut mengumumkan akan menjadi wakil tuan rumah bagi penganjuran tahun ke-61 festival berkenaan di Miri, Sarawak pada tahun depan.

Artikel Berkaitan:

“Saya amat gembira memikul tugasan ini. Sebagai pembikin filem Malaysia, kami pasti akan berikan yang terbaik bagi menyokong acara ini.

“Kami berharap dapat menyaksikan penyertaan filem daripada lebih banyak negara dan wilayah.

“Ia bertujuan merancakkan kembali persekitaran dunia perfileman,” ujar beliau.

Penganjuran itu nanti akan menyaksikan Malaysia sudah empat kali dilantik selaku tuan rumah selepas Festival Filem Anugerah Causeway ke-6 pada tahun 1995, Festival Filem Asia Pasifik ke-27 (1982) dan Festival Filem Asia Pasifik ke-50 (2005).