Program Setahun Bersama Kerajaan Madani sedia bas perantara

Orang ramai berpeluang untuk menukar topi keledar lama kepada topi keledar baharu secara percuma yang disediakan oleh JPJ sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.
Orang ramai berpeluang untuk menukar topi keledar lama kepada topi keledar baharu secara percuma yang disediakan oleh JPJ sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan bas perantara disediakan kepada orang ramai yang mahu mengunjungi Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sehingga Ahad ini.

Menurut sekretariat program tersebut, bas perantara ke tapak lokasi disediakan dari empat zon bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung.

"Zon berkenaan adalah Perhentian Bas Endah Parade, Pavilion Bukit Jalil (perhentian bas perantara), MRANTI Park (parkir bertingkat aras 1) dan Astro Bukit Jalil (pintu masuk pengunjung) bermula 7 pagi dengan pergerakan bas setiap 30 minit.

"Selain itu, diskaun 25 peratus bagi penggunaan token dan kad Touch ‘n Go ke stesen Bukit Jalil juga diberikan kepada pengunjung sepanjang tiga hari program berlangsung," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berlangsung di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sehingga Ahad ini.
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berlangsung di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sehingga Ahad ini.

Program usaha sama Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) itu bermula dari Jumaat hingga Ahad.

Majlis perasmian penutupan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pada Ahad dan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, katanya, turut berlangsung Jualan Mega Madani yang menawarkan barangan keperluan dengan harga berpatutan, 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.

Artikel Berkaitan:

Katanya, seramai 183 usahawan terlibat merangkumi Jualan Rahmah, Jualan Madani Koperasi, Jualan Agro Madani, Jualan MyGrocer@Wilayah, Jualan Usahawan, Jualan Anekarasa Madani, Jualan Trak Makanan dan Padanan Perniagaan.

Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan harian dengan harga berpatutan di ruang kawasan jualan Agro Madani pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madanidi pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. FOTO: Bernama
Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan harian dengan harga berpatutan di ruang kawasan jualan Agro Madani pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madanidi pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. FOTO: Bernama

"Dalam usaha membantu rakyat menangani kos sara hidup, pengunjung boleh membeli barangan keperluan harian melalui Jualan Mega Madani.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menawarkan diskaun saman sehingga 50 peratus dan pembayaran hanya boleh dilaksanakan di tapak program dengan perincian syarat diskaun boleh diperolehi di media sosial rasmi PDRM," katanya.

Peluang pekerjaan

Dalam kenyataan sama, jelasnya, sejumlah 45,000 peluang pekerjaan turut ditawarkan sepanjang program berlangsung menerusi Karnival Kerjaya yang melibatkan 63 buah agensi kerajaan dan swasta.

Katanya, sebanyak 36 kaunter perkhidmatan juga disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi yang menawarkan 102 perkhidmatan secara langsung kepada rakyat.

"Antaranya adalah kaunter tawaran kemasukan secara terus ke universiti awam, politeknik dan kolej komuniti; kaunter pendaftaran dan semakan status bantuan e-Kasih; perkhidmatan Skim Perubatan Madani; konsultasi; permohonan pembiayaan dan latihan usahawan.

"Kaunter perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah Jom Exchange al-Quran, kaunter perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kaunter jualan dan pendaftaran perumahan PR1MA, kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR), penukaran topi keledar baharu secara percuma, kaunter promosi tiket pengangkutan awam, kaunter permohonan pertukaran guru melalui sistem eGTukar, perkhidmatan cetakan semula sijil peperiksaan awam dan lain-lain," katanya.

Sejumlah 26 perkhidmatan bergerak turut disediakan antaranya adalah pemeriksaan dan rawatan gigi percuma, kempen derma darah, pencerapan matahari oleh Planetarium Negara, perkhidmatan kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara, dan lain-lain lagi, menurutnya.

"Pameran aset-aset kerajaan juga turut diadakan di tapak lokasi yang melibatkan tiga buah agensi iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya.

Sebarang Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.malaysiamadani.gov.my dan platform media sosial rasmi Malaysia Madani.