Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6625/6665 berbanding dolar US daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis. Foto hiasan
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6625/6665 berbanding dolar US daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini kerana peniaga forex menunggu pengumuman data bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat lewat malam ini yang akan memberikan kejelasan lanjut mengenai prospek kadar faedah AS.

Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6625/6665 berbanding dolar US daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, anggaran konsensus telah menetapkan NFP pada 180,000 pekerjaan bagi November, jumlah berkenaan lebih tinggi berbanding Oktober dengan kadar pengangguran AS dijangka kekal tidak berubah pada 3.90 peratus.

"Pasaran buruh AS memberi petunjuk negatif berikutan laporan Tinjauan Tawaran Pekerjaan dan Buruh baru-baru ini yang menunjukkan bahawa permintaan untuk buruh semakin berkurangan," katanya.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata, bahawa data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan oleh Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS menunjukkan aktiviti kilang AS kekal lemah dan kebanyakan komuniti perniagaan telah mengadu mengenai permintaan yang perlahan dan keperluan untuk mengurangkan inventori mereka.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia menokok berbanding pound Britain pada 5.8542/8593 daripada 5.8802/8858 ketika ditutup pada Khamis dan meningkat berbanding euro kepada 5.0243/0286 daripada 5.0359/0408 semalam.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2307/2337 daripada 3.2243/2276 sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ringgit melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.43 daripada 8.45/8.46 pada Khamis. meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1933/2094 daripada 13.2803/3014, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4818/4853 daripada 3.4884/4920 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 300.4/300.8 daripada 301.0/301.5 sebelumnya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!