Amaran hujan berterusan di 4 negeri selama 4 hari bermula Ahad ini

Hujan berterusan selama empat hari bermula Ahad ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi. - Gambar hiasan
Hujan berterusan selama empat hari bermula Ahad ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama empat hari bermula Ahad ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi, ekoran penumpuan angin yang dijangka berlaku di Timur Semenanjung.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang turut berpotensi berlaku di negeri-negeri lain pada sebelah petang hingga ke malam.

Kenyataan itu turut menasihati orang awam sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi Mycuaca bagi mendapat maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!