Hujan di pesisiran pantai Terengganu, Pahang, Johor hingga Khamis

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan timur Semenanjung dan barat Sarawak sehingga Khamis ini, yang boleh meningkatkan kelembapan dan berpotensi membawa hujan di kawasan pesisiran pantai Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, di barat Sarawak, hujan dijangka berlaku pada lewat petang hingga malam serta berpotensi berlanjutan sehingga awal pagi.

MetMalaysia memaklumkan di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga malam.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. - Bernama

Artikel Berkaitan: