Pencapaian cemerlang bukti Kerajaan Perpaduan di Pahang kekal stabil

Wan Rosdy pada sesi ucapan pergulungan Belanjawan Pahang 2024, Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.
Wan Rosdy pada sesi ucapan pergulungan Belanjawan Pahang 2024, Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Pencapaian cemerlang Pahang dalam aspek pentadbiran dan ekonomi membuktikan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu terus kekal stabil.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia dapat terbukti apabila kerajaan Pahang memperoleh kutipan hasil negeri sebanyak RM1.169 bilion sehingga 5 Disember tahun ini.

Jelasnya, ia menyaksikan kejayaan apabila kerajaan mengutip hasil melebihi RM1 bilion untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

"Ini merupakan satu kejayaan membanggakan, terutamanya dalam keadaan kelembapan ekonomi yang sedang melanda dunia.

"Apa yang ingin saya nyatakan di sini bahawa pencapaian ini membuktikan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas PRU15 lalu terus kekal stabil. Baik dari aspek kestabilan politik, mahupun kestabilan kaum yang wujud di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan Pahang 2024, Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini pada Jumaat.

Wan Rosdy juga menyifatkan belanjawan terbesar dalam sejarah pembentangan belanjawan negeri kerana Kerajaan Pahang pada hari ini mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

Jelas beliau, kerajaan memperuntukkan RM1.125 bilion bagi perbelanjaan mengurus manakala RM301.29 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana sepanjang lebih lima tahun saya mengetuai pentadbiran kerajaan negeri dengan dibantu oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai dan kakitangan awam, pelbagai perancangan yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang sekali," katanya.

.