X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa lima anak didakwa amang seksual budak di tandas surau

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini.
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang bapa kepada lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak di tandas sebuah surau, tiga minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Nizam Yaakub, 31, dari Kampung Haji Ngah Bedong didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas Surau Al-Ikhlas Zon Mawar Ambangan Heighs kira-kira jam 3.30 petang pada 13 Disember lalu

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai kelindan lori melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh badan seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husnah Omar meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius membabitkan kanak-kanak berumur 9 tahun dan dilakukan di tempat awam iaitu tandas surau.

Bagaimanapun, tertuduh merayu supaya jaminan dibenarkan kerana mempunyai tanggungan ramai termasuk isterinya tidak bekerja dan anak-anak masih bersekolah selain menanggung kedua ibu bapa Nurul Husnah tidak membenarkan jaminan

Hakim, Prescilla Hemamalini Nadarajah membenarkan Mohd Nizam diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain turut menetapkan kes disebut semula 29 Januari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 9 tahun dicabul di tandas surau


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus