'Saya belum dapat surat, disingkir dari grup WhatsApp MKT UMNO'- Isham Jalil

Isham Jalil. Foto ROSLI TALIB
Isham Jalil. Foto ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil setakat ini, masih belum menerima sebarang surat berkaitan pemecatannya.

Beliau berkata, kumpulan WhatsApp MKT UMNO telah menyingkirkan beliau daripada menjadi ahli di dalam aplikasi tersebut.

“Saya belum dapat surat.

“Yang saya tahu mereka telah keluarkan saya dari WhatsApp group Majlis Tertinggi UMNO malam semalam,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Isham mengesahkan beliau kekal dengan pendiriannya untuk memprotes dan tidak menghadiri mesyuarat parti itu, termasuk yang diadakan malam Rabu walaupun dicabar Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk hadir.

Isham menegaskan, beliau akan terus melakukan protes itu selagi Ahmad Zahid meneruskan kerjasama dengan DAP.

Susulan itu, MKT UMNO telah mengambil keputusan untuk memecat Isham daripada parti tersebut serta-merta.

Keputusan itu dimaklumkan oleh salah seorang ahli MKT yang turut menghadiri mesyuarat itu, di Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Artikel Berkaitan: