Kelantan pertimbang tubuh jawatankuasa selesai konflik manusia, hidupan liar

Harimau berkeliaran membimbangkan penduduk Gua Musang. Mohamed Fadzli
Harimau berkeliaran membimbangkan penduduk Gua Musang. Mohamed Fadzli
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedia pertimbangkan penubuhan satu jawatankuasa dalam usaha mencari jalan menyelesaikan konflik antara manusia dan hidupan liar yang dilihat agak meruncing mutakhir ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri mengambil serius perkara tersebut dan memantau perkembangan terkini berkait konflik yang berlaku.

"Untuk itu, kita akan bekerjasama dengan Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) untuk melihat punca sebenar berlakunya ancaman ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, pada masa sama kerajaan negeri akan turut mendapatkan kerjasama daripada pemimpin setempat.

Ujarnya, kerjasama itu penting dalam membantu menyelesaikan masalah tersebut selain pemimpin setempat lebih memahami selok-belok kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Fadzli memberitahu, pihaknya berharap orang ramai supaya sentiasa waspada dengan ancaman tersebut.

"Jika keluar bekerja, eloklah dalam bentuk kumpulan dan maklumlah kepada ahli keluarga," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!