Aman Central perkenal tema 'Holiday Spirit' sempena sambutan Krismas

Ooi Lay Wah menyampaikan cenderahati kepada Wong Chia Zhen atas kesudian hadir dan melancarkan tema sempena sambutan Krismas.
Ooi Lay Wah menyampaikan cenderahati kepada Wong Chia Zhen atas kesudian hadir dan melancarkan tema sempena sambutan Krismas.
A
A
A

ALOR SETAR - Aman Central memperkenalkan hiasan 10 pokok Krismas dengan tema 'Holiday Spirit' sempena sambutan Hari Krismas yang bakal menjelang.

Pengurus Besar Kewangan Belleview Group, Ooi Lay Wah berkata, pengunjung berkesempatan meneroka perkampungan salji di Central Atrium dengan penampilan Santa, Snowmen, Reindeer Cookie dan Cookie Man.

Katanya, orang ramai juga berpeluang merasai suasana dan bergambar dengan berlatar belakangkan perayaan Krismas yang sempurna.

"Ini adalah sambutan yang dinanti-nantikan dan pastinya akan menjadi satu bab yang tidak dapat dilupakan oleh semua," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Menurutnya, sambutan Krismas dengan tema 'Holiday Spirit' itu telah dilancarkan oleh Exco Sumber Manusia, Cina, India dan Hal Ehwal Siam & Badan Bukan Kerajaan negeri Kedah, Wong Chia Zhen.

"Ini adalah permulaan perayaan Krismas yang penuh keseronokan dan kemegahan untuk semua," katanya.

Wong Chia Zen (tengah) bersama jemputan terhormat ketika gimik pelancaran tema perayaan Krismas 'Holiday Spirit' Aman Central.
Wong Chia Zen (tengah) bersama jemputan terhormat ketika gimik pelancaran tema perayaan Krismas 'Holiday Spirit' Aman Central.

Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi Pemasaran Aman Central, Ken Chin berkata, perayaan Krismas sentiasa menjadi pertaruhan mereka setiap tahun.

"Sebagai pusat beli-belah premium di utara, Aman Central kini berjaya meningkatkan lagi kadar pembeli di mana hampir 90 peratus sama pada tahun 2018 dan 2019.

"Saya tahu setiap tahun, pembeli tidak sabar-sabar menantikan hiasan perayaan Krismas kami dan tema pada tahun ini menunjukkan kepada mereka sesuatu yang lebih bersemangat dan lebih besar daripada tahun-tahun sebelumnya," katanya.

Tambah Ken Chin, pihak Aman Central sentiasa fokus dan akan mengekalkan kerelevanan pusat membeli-belah untuk semua melalui ganjaran yang lebih banyak.

“Aman Central akan terus berkembang menjadi ‘Destinasi Gaya Hidup’ Kedah dan kami mengalu-alukan lebih ramai penyewa untuk pengunjung menikmati dan berbelanja.

"Antara beberapa jenama yang baru menyertai keluarga kami adalah Secret Recipe, Toysland, Pasta Port, LeWel, Ichiban Ramen, Penang Chendul, Garmin, HWC Coffee, Gong Cha dan Chagee.

"Tidak ketinggalan beberapa jenama yang bakal menyertai kami seperti Naelofar, The Parenthood, Step Health, Mommy Hana, Audrey, Sembonia dan banyak lagi," katanya.