Penagih bakar rumah sendiri

Kejadian berpunca daripada gumpakan wayar yang sengaja dibakar di atas lantai bilik tidur hingga merebak ke bahagian tilam dan keseluruhan rumah.
Kejadian berpunca daripada gumpakan wayar yang sengaja dibakar di atas lantai bilik tidur hingga merebak ke bahagian tilam dan keseluruhan rumah.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki dengan sengaja menyebabkan kebakaran rumah yang didiami bersama isterinya di Kampung Baru Jelapang dekat sini pada Selasa.

Kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu disedari penduduk selepas melihat api mara dari sebuah bilik tidur rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, semasa kejadian isteri suspek keluar bekerja dan lelaki itu dilihat hanya berdiri di hadapan rumah tanpa berbuat apa-apa mahupun meminta pertolongan.

"Kebakaran mengakibatkan rumah itu musnah 90 peratus dengan kerugian dianggarkan RM80,000.

Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Baru Jelapang pada Selasa.
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Baru Jelapang pada Selasa.

"Siasatan dijalankan bersama pasukan forensik mendapati, kejadian berpunca daripada gumpakan wayar yang sengaja dibakar di atas lantai bilik tidur hingga merebak ke bahagian tilam dan keseluruhan rumah," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau berkata, suspek warga tempatan berusia 35 tahun ditahan sekitar jam 12 tengah hari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan

Katanya, saringan awal dijalankan mendapati, suspek positif dadah jenis methaphitamine dan turut mempunyai tiga rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan narkotik.

Artikel Berkaitan:

"Permohonan tahanan reman akan dibuat ke atas suspek pada Rabu untuk polis melengkapkan kertas siasatan," katanya.