Polis Besut tahan dua lelaki rompak kedai serbaneka

Dua lelaki ditahan polis kerana melakukan rompakan bersenjata di dua kedai serbaneka di sekitar Kuala Besut.
Dua lelaki ditahan polis kerana melakukan rompakan bersenjata di dua kedai serbaneka di sekitar Kuala Besut.
A
A
A

JERTIH - Tidak sampai 24 jam selepas melakukan rompakan bersenjata di dua kedai serbaneka di sekitar Kuala Besut dekat sini, dua lelaki berjaya ditahan polis petang Isnin.

Ketua Polis Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 33 tahun itu, ditahan di rumah rakan mereka di Kuala Besut kira-kira 6 petang semalam.

"Dalam kejadian antara jam 4 pagi hingga 4.30 pagi semalam, kedua-dua suspek melakukan rompakan menggunakan sebilah parang di kedua-dua kedai serbaneka 24 jam tersebut.

"Suspek datang ke premis kedai itu dengan menaiki sebuah kereta Proton Saga dan melakukan rompakan pada awal pagi, dan melarikan sejumlah wang tunai dan kad tambah nilai Touch 'n Go e-Wallet,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Abdul Rozak berkata, tangkapan dibuat, selepas pihaknya melakukan risikan dan gerakan bagi memburu suspek sebaik menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 10 pagi semalam.

"Dengan penahanan kedua-kedua suspek, pihak polis percaya turut menyelesaikan kes rompakan bersenjata berkumpulan yang berlaku di Pasir Putih di Kelantan sebelum ini. Ini kerana modus operandi yang digunakan sama, jadi kita percaya ia dilakukan oleh suspek yang sama,” katanya.

Abdul Rozak berkata, pihaknya turut merampas barang kes termasuk wang tunai bernilai RM400 dan sebuah kereta Proton Saga.

Bagaimanapun beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-kedua suspek negatif dadah dan hanya suspek yang berusia 26 tahun mempunyai jenayah rekod lampau berkaitan kekerasan

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat,” katanya. - Bernama