Kastam tahan warga emas, rampas rokok seludup lebih RM860,000

Mohd Nasir (tengah) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas pada sidang media, Selasa. - Foto Benama
Mohd Nasir (tengah) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas pada sidang media, Selasa. - Foto Benama
A
A
A

TAWAU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang lelaki warga emas dan merampas rokok seludup bernilai RM868,208 termasuk cukai di dalam stor sebuah rumah di Kampung Kubang Paya, Semporna, 24 November lepas.

Penolong Ketua Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan pada 12 tengah hari berdasarkan hasil maklumat orang awam.

"Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan 1,009,600 batang rokok pelbagai jenama dianggar bernilai RM183,520 dan cukai dianggar RM684,688. Kesemua rokok itu dipercayai dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

"Modus operandi ialah membawa masuk rokok berkenaan dari negara jiran dan menggunakan sebuah rumah dijadikan stor penyimpanan sementara sebelum dijual dan diedar ke pasaran sekitar," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes itu dan orang awam dinasihat supaya memberi kerjasama menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!