Bomba selamatkan pelajar, guru, warga emas terperangkap banjir

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru.
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 38 pelajar, enam guru dan dua warga emas terperangkap di dalam banjir di Kampung Mohd Amin diselamatkan anggota bomba pada petang Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam satu kenyataan berkata, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 petang.

Seramai 20 anggota dari BBP Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 petang.
Seramai 20 anggota dari BBP Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 petang.

"Kesemua mangsa termasuk seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) berjaya diselamatkan dan dihantar ke kawasan lebih tinggi serta selamat," katanya.

Sementara itu, di Pasir Gudang anggota bomba melakukan pemantauan berterusan di lima kawasan berisiko tinggi banjir susulan hujan lebat.

Seorang warga emas yang juga OKU berjaya diselamatkan dan dihantar ke kawasan lebih tinggi.
Seorang warga emas yang juga OKU berjaya diselamatkan dan dihantar ke kawasan lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

Lima kawasan terlibat ialah Taman Bunga Ros, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Tengah Tebrau.

"Semasa rondaan dilakukan didapati paras air sungai dalam keadaan berjaga-jaga dan hujan lebat ketika pemantauan sedang dilakukan.

Antara mangsa banjir yang diselamatkan anggota bomba di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru.
Antara mangsa banjir yang diselamatkan anggota bomba di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru.

"Pemantauan di Jalan Nyior, Jalan Nipah dan Jalan Enau Kampung Kangkar Tebrau mendapati air telah melimpah sedalam 0.3 meter.

"Sementara itu pemantauan di Kampung Paya Kenangan didapati paras telah naik sedalam satu meter di Jalan Kenangan," katanya.


Lapan mangsa terperangkap banjir di Pontian diselamatkan

PONTIAN - Seramai lapan mangsa termasuk tiga warga emas dan tiga kanak-kanak diselamatkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian selepas rumah mereka di Kampung Parit Abas, Benut dinaiki air.

Menerusi kenyataan dikeluarkan BBP Pontian, enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.20 petang.

"Mangsa terdiri daripada dua warga emas lelaki, seorang warga emas wanita yang mengalami penyakit tua. Selain itu tiga kanak-kanak terdiri daripada seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

"Terdapat juga dua wanita dewasa yang diselamatkan. Kesemua mangsa dihantar ke kawasan yang lebih tinggi dan mangsa telah menumpang di rumah saudara terdekat.

"Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka," katanya.

No Image Caption

Anggota bomba membantu memindahkan kanak-kanak yang terperangkap akibat banjir di Kampung Parit Abas, Benut pada petang Rabu. - Foto bomba
Anggota bomba membantu memindahkan kanak-kanak yang terperangkap akibat banjir di Kampung Parit Abas, Benut pada petang Rabu. - Foto bomba