Maritim Malaysia tahan tiga kapal pengangkut bersauh haram

Maritim Malaysia Johor menahan kapal pengangkut yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur pada Isnin. -Foto Maritim Malaysia

A
A
A

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga buah kapal pengangkut kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, di sini pada Isnin.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kapal pertama dan kedua ditahan pada jam 11.30 pagi manakala kapal ketiga pada jam 5.30 petang.

"Kapal pertama berdaftar dari Port Klang ditahan ditahan pada kedudukan 19.8 batu nautika timur Tanjung Sedili Kechil.

Maritim Malaysia Johor menahan kapal pengangkut yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur pada Isnin. -Foto Maritim Malaysia
Maritim Malaysia Johor menahan kapal pengangkut yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur pada Isnin. -Foto Maritim Malaysia

Kapal kedua pula yang didaftarkan di Bridgetown di kedudukan 18.1 batu nautika timur laut Tanjung Penawar manakala kapal ketiga berdaftar dari Kobenhavn ditahan di kedudukan 21.5 batu nautika timur Tanjung Balau," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau menjelaskan ketiga-tiga nakhoda kapal terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia ketika diperiksa.

Maritim Malaysia Johor menahan kapal pengangkut yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur pada Isnin. -Foto Maritim Malaysia
Maritim Malaysia Johor menahan kapal pengangkut yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur pada Isnin. -Foto Maritim Malaysia

"Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Artikel Berkaitan:

"Penahanan ketiga-tiga kapal tersebut merupakan kes ke-86 sepanjang tahun ini atas kesalahan yang sama iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia," ujarnya