Kapal kargo disyaki berlabuh tanpa kebenaran

Sebuah kapal kargo disyaki berlabuh tanpa kebenaran.
Sebuah kapal kargo disyaki berlabuh tanpa kebenaran.
A
A
A

MELAKA - Gara-gara berlabuh tanpa kebenaran, sebuah kapal kargo yang dinaiki seramai 14 kru ditahan pada kedudukan 8.8 batu nautika barat daya Pulau Besar,di sini, pada malam Rabu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abdul Aziz berkata, dalam Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) telah mengesan sebuah kapal kargo disyaki bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut Malaysia lebih kurang jam 11.40 malam.

Menurutnya, susulan maklumat yang diterima, bot Petir 84 yang sedang membuat rondaan bagi Op Murni/Op Tiris Fasa 2.0 telah digerakkan ke lokasi dan berjaya mengesan kapal yang dilaporkan.

Kapal yang membawa seramai 14 kru ditahan APMM pada malam Rabu.
Kapal yang membawa seramai 14 kru ditahan APMM pada malam Rabu.

"Setiba dilokasi, anggota Maritim Malaysia mendapati seramai 14 kru termasuk kapten kapal warga Ukraine dalam lingkungan 22 hingga 70 tahun berada di atas kapal kargo tersebut.

"Hasil pemeriksaan mendapati kapal yang didaftarkan di Panama itu disyaki melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Jelas beliau, seorang kru telah dibawa ke pejabat bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Artikel Berkaitan: