RM38.08 juta peruntukan insentif Bantuan Prihatin Pahang

Wan Rosdy selesai pembentangan Belanjawan Pahang 2024 di Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang,di sini pada Isnin.
Wan Rosdy selesai pembentangan Belanjawan Pahang 2024 di Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang,di sini pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Insentif Bantuan Prihatin Pahang diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan peruntukan berjumlah RM38.08 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif itu diberikan sebagai tanda keprihatinan kerajaan Pahang terhadap kemaslahatan rakyat dan agenda kebajikan rakyat tanpa mengambil kira umur, kaum, agama serta fahaman politik.

Menurutnya, terdapat empat kluster penerima bantuan, bagi kluster pertama membabitkan pelajar sekolah, tahfiz dan mahasiswi.

"Pelajar Tahun Satu akan menerima RM100 seorang, melibatkan 22,000 penerima, dengan jumlah keseluruhan RM2.2 juta manakala sebanyak RM2.15 juta diperuntukkan kepada 18,000 pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan 3,500 pelajar STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).

"Seramai 8,800 pelajar tahfiz akan menerima RM100 seorang dengan jumlah peruntukan RM880,00 manakala mahasiswa di IPTA, Politeknik dan kolej Komuniti akan menerima RM400 seorang, berbanding RM 300 ringgit tahun lalu," katanya.

Beliau berucap demikian ketika sesi pembentangan Belanjawan Pahang 2024 di Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang,di sini pada Isnin.

Wan Rosdy berkata, kluster kedua ialah golongan B40 seperti anak yatim di pusat jagaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.

Jelasnya mereka ini akan menerima RM250 dan melibatkan 450 penerima dengan jumlah keseluruhan RM112,500.

Artikel Berkaitan:

"Ibu tunggal, nelayan dan petani masing-masing akan menerima bantuan sebanyak RM200," ujarnya.

Wan Rosdy memaklumkan kluster ketiga membabitkan masyarakat Umum yang terdiri daripada, rumah anak yatim yang berdaftar dengan JKM akan menerima RM10,000.

Jelasnya, Maahad tahfiz akan menerima peruntukan RM2,000 dan 20 pusat tahfiz pula sebanyak dengan jumlah RM400.

"Masjid dan surau yang mengadakan solat Jumaat menerima RM10,000 melibatkan 700 buah masjid dan surau dengan jumlah RM 7 juta.

"Jemaah haji juga akan menerima kenaikan bantuan daripada RM500 kepada RM750 seorang melibatkan 2,000 penerima dengan jumlah RM1.5 juta manakala 5,000 mualaf akan menerima RM200," katanya.

Beliau menambah, warga emas yang akan menerima subsidi RM 3,000 untuk pembedahan katarak mata yang melibatkan 500 penerima.

Seterusnya, insentif perkahwinan kali pertama sebanyak RM300 kepada 10,000 ribu pasangan pengantin melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM3 juta.

Wan Rosdy memberitahu kluster empat pula, membabitkan pemberian Apresiasi dan penghargaan kepada

golongan dan entiti seperti Persatuan Isteri Tentera (BAKAT) dan Polis (PERKEP) Negeri Pahang.