Banyak tabur jasa, Amirudin ucap takziah pemergian Jui Meng

Menteri Besar dalam satu hantaran di laman Facebooknya itu turut berharap keluarga mendiang yang juga mantan Ahli Parlimen Bakri itu tabah dalam menghadapi ujian.
Menteri Besar dalam satu hantaran di laman Facebooknya itu turut berharap keluarga mendiang yang juga mantan Ahli Parlimen Bakri itu tabah dalam menghadapi ujian.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang meninggal dunia pada Ahad.

Menteri Besar dalam satu hantaran di laman Facebooknya berharap keluarga mendiang yang juga mantan Ahli Parlimen Bakri itu tabah dalam menghadapi ujian.

“Beliau merupakan Menteri Kesihatan selama sembilan tahun yang telah banyak menabur jasa buat rakyat Malaysia,” catat Menteri Besar di laman sosialnya itu pada Isnin.

Jui Meng dilaporkan meninggal dunia di Hospital Serdang jam 4.04 petang pada Ahad.

Bekas Menteri Kesihatan itu mula berkecimpung dalam arena politik apabila menyertai MCA pada 1976 dan memegang beberapa jawatan tertinggi parti termasuk Ketua MCA Bahagian Bakri pada 1987 serta Timbalan Setiausaha Agung MCA (1987-1990).

Chua merupakan individu paling lama menyandang jawatan Naib Presiden MCA iaitu dari 1990 hingga 2004 dan menyertai Parti Keadilan Rakyat 2009.

Artikel Berkaitan: