Bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng meninggal dunia

Chua Jui Meng
Chua Jui Meng
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun.

Memetik laporan media tempatan, Jui Meng difahamkan mengalami serangan jantung pada minggu lalu dan menerima rawatan di hospital.

Mendiang telah menggalas portfolio sebagai Menteri Kesihatan selama sembilan tahun iaitu dari 1995 hingga 2004.

Mendiang juga merupakan Ahli Parlimen Bakri selama lima penggal iaitu pada 1986 hingga 2008.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi kenyataan media mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mendiang.

Mendiang merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor selama lima tahun dari 2009 hingga 2014.

Di bawah kepimpinan beliau, buat pertama kali PKR berjaya memenangi kerusi di Parlimen Batu Pahat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!