Kain baju orang meninggal dianggap sebagai pusaka

KAIN baju arwah ibu atau ahli keluarga yang meninggal sebenarnya perlu ‘difaraidkan’.
KAIN baju arwah ibu atau ahli keluarga yang meninggal sebenarnya perlu ‘difaraidkan’.
A
A
A

RAMAI hanya memandang harta sebagai sesuatu yang besar nilainya seperti wang, kenderaan, rumah, barang kemas dan sebagainya.

Namun, barangan peribadi yang kecil seperti kain baju ataupun tudung tidak dianggap sedemikian.

Barangkali disebabkan itu tumpuan orang ramai lebih terarah kepada harta yang bernilai tinggi untuk pengurusan faraid apabila berlakunya sesuatu kematian.

Jabatan Mufti Negeri Perak menerusi infografik yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya menjelaskan, kain baju arwah ibu atau ahli keluarga yang meninggal sebenarnya perlu ‘difaraidkan’.

“Barang-barang tersebut perlulah dijumlahkan nilainya, kemudian dibahagian jumlah tersebut secara faraid kepada ahli-ahli waris.

“Dalam kaedah yang lain, barang-barang berkenaan boleh diagihkan sesama sendiri dengan syarat ia telah mendapat persetujuan semua ahli waris tanpa sebarang bantahan,” katanya.

PAKAIAN si mati dianggap sebagai pusaka yang perlu dibahagi kepada penerima atau waris yang berhak. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik
PAKAIAN si mati dianggap sebagai pusaka yang perlu dibahagi kepada penerima atau waris yang berhak. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik

Artikel Berkaitan:

Fakta itu turut disokong oleh mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri.

Menerusi artikel yang disiarkan dalam Maktabah Albakri, beliau menjelaskan, pakaian si mati dianggap sebagai pusaka yang perlu dibahagi kepada penerima atau waris yang berhak.

“Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, perkara ini akan dibahagikan secara suka sama suka bagi waris-waris yang berhak menerimanya.

“Yang penting, berlaku adillah serta elakkan tidak puas hati dengan mengikut syariat dan sentiasa mendamaikan keluarga si mati dalam pembahagian pusaka,” katanya.

Bukan itu sahaja, rupanya barangan lain seperti jam tangan dan peti ais si mati juga termasuk dalam bab pusaka.

Bagaimanapun, memetik laman web hanaffi.com, benda seperti itu tidak dimasukkan dalam agihan harta pusaka.

“Jenuh juga jika baju, barang-barang kecil hendak dikira. Apa yang orang kita patut praktis, jika mahukan benda-benda ini, perlu minta izin daripada ahli waris untuk ambil,” katanya.

DAPATKAN keizinan daripada waris terlebih dahulu jika ingin mengambil kain baju milik si mati. -Gambar hiasan/ Foto: FREEPIK
DAPATKAN keizinan daripada waris terlebih dahulu jika ingin mengambil kain baju milik si mati. -Gambar hiasan/ Foto: FREEPIK