Strategi jadikan Red Giants lebih handal

Pemain Selangor FC meraikan jaringan ketika menentang KDA FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada Sabtu lepas. - Foto Bernama
Pemain Selangor FC meraikan jaringan ketika menentang KDA FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada Sabtu lepas. - Foto Bernama
A
A
A

PASUKAN yang mempunyai sejarah dan rekod terbaik dalam arena bola sepak, Selangor FC berjaya membuktikan mereka layak untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada musim hadapan.

Ini selepas Selangor membenam Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, pada Sabtu, sekali gus mengesahkan kedudukan selaku naib juara.

Sebagai penyokong bola sepak tempatan, Merak Jalanan percaya pasukan yang popular digelar The Red Giants itu mampu membuktikan kualiti yang ada pada mereka.

Bukan apa, bagi Merak Jalanan, Selangor FC sudah lama bergelut untuk menampilkan kualiti permainan yang diinginkan peminat.

Mana tidaknya, pihak pengurusan dan pemain juga pernah 'dihentam' apabila aksi yang ditampilkan ketika berdepan lawan dalam saingan liga dilihat tidak bermaya sejak beberapa tahun lalu.

Kali terakhir Selangor FC beraksi di peringkat Asia ialah pada musim 2015-2016 menerusi saingan Piala AFC.

Bagi Merak Jalanan, proses ini mungkin biasa dalam sukan bola sepak di mana pasukan bergelut untuk melakukan yang terbaik.

Tidak menoleh ke belakang, Selangor FC pada November tahun lalu secara rasmi mengumumkan pelantikan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, sebagai pengendali baharu pasukan bagi saingan musim ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau membimbing Harimau Malaya dari 2018 hingga 2021, pernah membawa skuad negara muncul naib juara Piala AFF pada 2018 selain memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan sewaktu membimbing Kedah memenangi Piala Malaysia pada 2016.

Hari ini, sentuhannya membawakan kembali aura gergasi untuk terus meyakinkan penyokong Selangor.

Merak Jalanan yakin dan percaya, Red Giants sudah merangka pelbagai strategi untuk musim hadapan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!