[VIDEO] Selangor FC ke Asia, Cheng Hoe zahir penghargaan buat RMS

A
A
A

KEJAYAAN Selangor FC yang berjaya muncul Naib juara Piala Super 2023 dan kembali ke pentas Asia adalah usaha semua pihak terutamanya Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengendalinya, Tan Cheng Hoe menyifatkan keharmonian dalam pasukannya juga antara faktor yang menyumbangkan kepada kejayaan yang diraih oleh The Red Giant hari Ini.

Menurutnya, kemenangan tipis 0-1 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman juga manis kerana pemainnya mampu menyerap tekanan tinggi tuan rumah yang mendapat sokongan lebih 20,000 penyokong mereka.

Pemain Selangor FC meraikan jaringan Ayron Yang membantu menewaskan KDA FC 0-1 pada aksi Liga Super pada malam Sabtu. - Foto Selangor FC
Pemain Selangor FC meraikan jaringan Ayron Yang membantu menewaskan KDA FC 0-1 pada aksi Liga Super pada malam Sabtu. - Foto Selangor FC

"Pada awal musim bersama dengan Selangor adalah satu cabaran yang begitu besar. Saya sentiasa berterima kasih kepada RMS yang sentiasa memberi sokongan dan juga pengurusan serta barisan jurulatih.

“Pemain-pemain sentiasa memberi support yang terbaik untuk untuk saya. Sudah tentu saya selalu bagi tahu, saya seorang tak tidak boleh buat apa-apa tanpa sokongan dan motivasi daripada setiap individu dalam pasukan Selangor," katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.

Tan Cheng Hoe.
Tan Cheng Hoe.

Jelas Cheng Hoe yang berasal dari Alor Setar, Kedah lagi, persediaan rapi perlu dilakukan oleh Selangor FC jika mahu meraih keputusan positif di pentas Asia Dan bukannya sekadar pelengkap jadual.

Mengulas prestasi semasa semua pemainnya pula, beliau menggesa mereka agar terus konsisten memberikan aksi terbaik dengan mengekalkan prestasi pada setiap perlawanan.

"Kemasukan Brendan cukup memberi tenaga untuk pasukan kerana kita tahu separuh masa yang pertama kita akan menguasai perlawanan dan juga dari segi bertahan, kekuatan defensif kita akan kekurangan. Jadi kita masukkan Brendan untuk menguatkan bahagian defensive kita dan kita tahu potensi pemain.

Artikel Berkaitan:

“Semua pemain menjalankan tugas dengan begitu baik dan kita tidak boleh lupa Samuel Somerville yang beberapa kali selamatkan pintu gol daripada dibolosi,” ujar beliau lagi.

The Red Giant bakal melengkap jadual liga berdepan PDRM FC pada 17 Disember depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!