Mayat bayi perempuan ditemukan terdampar di Pantai Queensbay

Mayat bayi perempuan yang ditemui dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Mayat bayi perempuan yang ditemui dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
A
A
A

GEORGE TOWN - Mayat bayi perempuan ditemukan terdampar di kawasan pesisiran Pantai Queensbay, Bayan Baru pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat terbabit pada jam 5.55 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mayat bayi berkenaan dipercayai dihanyutkan oleh arus laut sehingga terdampar di kawasan pantai berkenaan.

"Mayat tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta untuk menyalurkan maklumat kepada polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Ahad.

Pasukan polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.
Pasukan polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Tambah Kamarul Rizal, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular video berdurasi 22 saat yang memaparkan beberapa orang awam menemui mayat bayi berkenaan terdampar di atas batu pesisiran Pantai Queensbay.

Artikel Berkaitan:

Mereka dikatakan terhidu bau busuk di kawasan itu sebelum melihat objek mencurigakan yang dipercayai mayat bayi.