Penemuan mayat bayi, polis klasifikasi sebagai kes bunuh

Gambar kecil: Kamarul Rizal
Gambar kecil: Kamarul Rizal
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis mengklasifikasikan semula kes penemuan mayat bayi perempuan daripada Seksyen 318 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas proses bedah siasat dijalankan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian bayi malang itu adalah kerana luka di bahagian leher (incised wound to the neck).

"Selepas memperolehi keputusan bedah siasat, kita mengklasifikasikan semula kes kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden C Jivendran Muthuliyar di talian 019-3469718," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada petang Ahad, mayat bayi perempuan ditemukan terdampar di kawasan pesisiran Pantai Queensbay, Bayan Baru di sini.

Polis menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat bayi terbabit pada jam 5.55 petang.

Siasatan awal mendapati, mayat bayi berkenaan dipercayai dihanyutkan oleh arus laut sehingga terdampar di kawasan pantai berkenaan.

Mayat tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!