JKM cari ibu kandung bayi perempuan ditinggalkan di hospital

JKM mengesan ibu kepada bayi perempuan yang ditinggalkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan pada 10 September lalu.
JKM mengesan ibu kepada bayi perempuan yang ditinggalkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan pada 10 September lalu.
A
A
A

BESUT - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Besut mengesan ibu kandung kepada bayi perempuan yang ditinggalkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan pada 10 September lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Besut, Zulbahri Ibrahim berkata, berdasarkan maklumat diterima, ibu kandung bayi berkenaan dikenali sebagai Wan Azlina Wan Mohamad, 30-an, dengan alamat terakhir di Kampung Padang Landak, Jertih, Terengganu.

"JKM Besut telah menerima rujukan daripada pihak HUSM berkenaan seorang bayi yang dilahirkan secara pramatang pada 10 September lalu.

"Siasatan mendapati ibu kandung bayi tersebut telah menghilangkan diri selepas bayinya ditahan di wad atas masalah kesihatan," katanya di sini pada Selasa.

Menurut Zulbahri, bayi itu telah mendapat perintah bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 oleh Mahkamah Majistret Daerah Besut pada 23 November lalu untuk ditempatkan dalam jagaan institusi tersebut sehingga kini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ibu kandung bayi berkenaan boleh menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Besut, Noradawiah Ab Manaf di talian 09-6956042/09-6953951," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!