Unit khas bomba untuk musim tengkujuh akan ditubuhkan di Johor

Yahaya (tengah) ketika hadir Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM negeri Johor di Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi hari ini.
Yahaya (tengah) ketika hadir Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM negeri Johor di Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Unit khas bomba untuk bantuan musim tengkujuh yang terdiri daripada kalangan nelayan dijangka akan ditubuhkan di negeri ini tahun hadapan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, pihaknya telah menerima arahan untuk menubuhkan sukarelawan bomba itu seperti mana pasukan mencari dan menyelamat Gunung Kinabalu atau MoSAR yang terdapat di Sabah.

"Seperti MoSAR, mereka dilatih dan apabila bertugas mereka diberi elaun. Di Johor, kita juga akan mewujudkan unit berkenaan, khas untuk musim tengkujuh di mana kita akan utamakan nelayan-nelayan.

"Kita akan latih mereka dan beri elaun. Tugasan mereka termasuklah memberi nasihat kepada orang ramai di pantai dan jika berlakunya kejadian lemas, mereka ini boleh membantu memberi pertolongan awal sebelum kehadiran pihak bomba," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Disember 2019 JBPM Negeri Johor di Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang memerlukan unit khas tersebut dengan bantuan peralatan asas seperti pelampung, bot dan sebagainya.

"Jadi bila musim banjir, mereka boleh lapor diri. Kita akan bayar elaun mengikut jam. Kita juga akan beri uniform dan latihan," katanya.

Artikel Berkaitan: