Banjir di Kelantan makin buruk, cecah 1,351 mangsa

Air Sungai Golok di Rantau Panjang mulai melimpah ke kawasan berhampiran pada petang Sabtu.
Air Sungai Golok di Rantau Panjang mulai melimpah ke kawasan berhampiran pada petang Sabtu.
A
A
A

PASIR MAS - Situasi banjir di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa terkini mencecah 1,351 orang pada Sabtu.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 6.20 petang mendapati jajahan Pasir Mas mencatatkan mangsa tertinggi seramai 958 melibatkan empat pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh (425), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial (392), SMK (A) Lati (88) dan SK Lati (53).

Jajahan kedua yang teruk terkesan ialah Bachok dengan 320 mangsa banjir melibatkan PPS SMK Beris Panchor (221) dan SK Jelawat (99).

Situasi banjir di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa terkini mencecah 1,351 orang pada Sabtu.
Situasi banjir di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa terkini mencecah 1,351 orang pada Sabtu.

Di Tanah Merah pula, dua PPS dibuka iaitu SK Kelewek (20), Balai Raya Padang Kijang (22), diikuti Kota Bharu, PPS SK Pangkal Kalong (19) dan Machang, PPS SK Pulai Chondong (12).

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kolonel Pertahanan Awam, Mohd Adzhar Mujab menasihatkan penduduk yang tinggalkan di kawasan rendah supaya sentiasa peka dengan situasi semasa banjir.

Limpahan air Sungai Golok mulai memasuki kawasan kediaman penduduk di Rantau Panjang.
Limpahan air Sungai Golok mulai memasuki kawasan kediaman penduduk di Rantau Panjang.

"Pastikan mendapat maklumat sahih daripada pihak berkuasa melalui pelbagai platform termasuklah media sosial.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa sama masyarakat perlu sentiasa berkomunikasi dengan komuniti sekeliling dalam mendapatkan maklumat terkini berkait banjir," katanya ketika dihubungi.