Banjir di Kelantan semakin buruk

Anggota APM Pasir Mas masih giat melakukan operasi menyelamat mangsa banjir.
Anggota APM Pasir Mas masih giat melakukan operasi menyelamat mangsa banjir.
A
A
A

PASIR MAS - Situasi banjir di Kelantan semakin memburuk apabila mangsa mencecah 5,971 orang pada Isnin.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 6.30 petang mendapati walaupun cuaca cerah namun air daripada beberapa sungai seperti Sungai Golok, Lanchang dan Batu Hampar, Tok Uban belum lagi surut.

Jajahan Pasir Mas satu-satunya kawasan yang terlibat dengan banjir apabila 18 buah kampung termasuk perumahan ditenggelami air.

Antara yang terjejas ialah Kampung Tersang, Bendang Parol, To' Deh, Gual Mekong, Baroh Pial, Kubang Kuau, Kuin Merah, Bukit Tandak, Cherang Hangus, Bawah Lembah, Gual Periok, Kusar, Bakar, Padang Licin, Lubok Gong, Kedai Lama, Taman wira, Taman Prima, Taman Sri Megah dan Perumahan Prima Lubok Jong.

Orang ramai di Kampung Gual Periok, Rantau Panjang mengambil peluang pulang ke rumah apabila cuaca cerah.
Orang ramai di Kampung Gual Periok, Rantau Panjang mengambil peluang pulang ke rumah apabila cuaca cerah.

Sebanyak 12 PPS dibuka iaitu SK Gual Tinggi (903 mangsa), SK Sri Rantau Panjang 2 (1,881), SK Gual To' Deh (813), SMK Gual Periok (153), SMK Baroh Pial (710), SK Gual Periok (269), Madrasah Tasek Bakong (210), Masjid Mukim Padang Licin (131), SK Sri Kiambang (345), SMK (A) Lati (84), SK Chicha Tinggi (249) dan SK Lati (223).

Penduduk di Kampung Bakat, Zakaria Isa, 51, walaupun tiada hujan namun air masih bertahan.

Artikel Berkaitan:

Penduduk di Kampung Padang Licin menjadikan bot sebagai pengangkutan utama.
Penduduk di Kampung Padang Licin menjadikan bot sebagai pengangkutan utama.

"Setakat ini saya dan keluarga masih tinggal di PPS SMK Gual Periok, namun tetap pulang ke rumah untuk mengemas," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih melepasi parah bahaya walaupun tren menurun selebihnya kembali ke paras normal.