Lelaki maut digilis tren LRT selepas terjatuh ke atas landasan

Seorang lelaki maut akibat digilis tren LRT selepas terjatuh ke atas landasan di stesen LRT Dato’ Keramat pada malam, Jumaat. - Foto Bernama
Seorang lelaki maut akibat digilis tren LRT selepas terjatuh ke atas landasan di stesen LRT Dato’ Keramat pada malam, Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berumur 27 tahun maut akibat digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) selepas terjatuh ke atas landasan di stesen LRT Dato’ Keramat pada malam, Jumaat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Mohd Fabell Md Yasin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.05 malam, dan terpaksa mendapatkan bantuan juruteknik LRT untuk menggerakkan tren kebahagian belakang bagi mengeluarkan mayat lelaki itu.

"Lelaki itu digilis di bahagian kedua-dua belah kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sementara Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan malam ini berkata, susulan kejadian itu jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas, menyebabkan waktu menunggu yang lebih lama.

Menurutnya, perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas sokongan, telah diaktifkan bagi menyokong operasi.

"Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian.

"Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat kejadian itu, dan atas kelewatan tren malam ini,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: