Nenek hanya minum air sejak 50 tahun, elak jamah makanan pepejal

Peti air Thi Loi hanya dipenuhi air kosong dan minuman manis. - Agensi
Peti air Thi Loi hanya dipenuhi air kosong dan minuman manis. - Agensi
A
A
A

YANGON - Seorang wanita Vietnam berusia 75 tahun mendakwa dia tidak pernah memakan makanan pepejal dalam tempoh 50 tahun, sebaliknya hanya minum air kosong dan minuman manis, lapor portal Oddity Central.

Bui Thi Loi yang menetap di daerah Loc Ninh, Wilayah Quang Binh kelihatan segar dan cantik pada usianya selepas mengamal dietnya itu.

Thi Loi menegaskan dia hidup dengan minum dua jenis air itu selama setengah abad dan tidak pernah mengidam untuk menjamah makanan pepejal.

Kisahnya bermula pada tahun 1963 apabila dia disambar petir ketika mendaki gunung untuk merawat tentera yang cedera semasa perang.

Akibatnya, dia pengsan sebelum mendapati dirinya tidak sama dengan seperti dulu.

Disebabkan dia tidak menjamah apa-apa makanan selepas sedar daripada koma, rakan-rakannya memberikan air manis kepadanya.

Beberapa tahun selepas kejadian tersebut, Bui Thi Loi hanya makan buah-buahan selepas didesak oleh keluarga dan rakan-rakannya.

Namun pada tahun 1970, dia semakin mengelak makan makanan pepejal dan hanya bergantung dengan air dan minuman ringan untuk mengisi perutnya.

Artikel Berkaitan:

Sejak dari itu, peti aisnya hanya dipenuhi air sejuk dan minuman ringan.

Thi Loi menambah, bau makanan akan membuatkan dirinya loya dan walaupun sering memasak makanan untuk anak-anaknya, dia tidak pernah makan makanan yang dimasaknya.

Malah, selepas anaknya membesar dan tinggal berasingan, dapurnya semakin berhabuk kerana tidak lagi memasak untuk mereka.

Menurut doktor dari Jabatan Pemakanan di Hospital Persahabatan Vietnam-Cuba di Dong Hoi, minuman ringan manis membantu mengisi semula tenaga badan dengan cepat pada masa yang diperlukan dan menyokong fungsi sistem penghadaman badan.

Walau bagaimanapun, meminum minuman ringan boleh berbahayakan kesihatan manusia dan boleh membawa kepada masalah seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, dan penyakit kardiovaskular. - Agensi