Gadis jadi mangsa nafsu serakah bapa angkat

Seorang gadis dirogol bapa angkatnya semasa menetap di rumah lelaki itu di Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang, di sini pada Mac lalu. - Gambar hiasan
Seorang gadis dirogol bapa angkatnya semasa menetap di rumah lelaki itu di Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang, di sini pada Mac lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA SELANGOR - Malang menimpa seorang gadis apabila dirogol bapa angkatnya semasa menetap di rumah lelaki itu di Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang di sini pada Mac lalu.

Perlakuan jijik lelaki berusia 43 tahun itu akhirnya terbongkar selepas dicekup polis di Seri Alam, Johor pada 26 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, penahanan suspek dilakukan selepas ibu mangsa berusia 41 tahun mengambil dan membawa gadis itu ke balai polis.

"Siasatan mendapati mangsa kali terakhir dirogol lelaki berkenaan kira-kira jam 1 pagi, 27 Mac lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau memberitahu, kejadian berlaku apabila suspek memasuki bilik mangsa lalu merogolnya dan ia berlaku dua minggu berturut-turut sejak gadis berkenaan tinggal bersama bapa angkatnya itu.

Jelas beliau, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan pemeriksaan mengesahkan dia dirogol.

"Suspek kemudian dilaporkan menghilangkan diri selepas kejadian dan berjaya ditahan polis kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: