Kanak-kanak 11 tahun jadi mangsa serangan seksual

Seorang lelaki yang tidak dikenali dan menunggang sebuah motosikal serta memakai topi keledar berwarna kuning cuba mencium dan merabanya. - Gambar hiasan 123RF
Seorang lelaki yang tidak dikenali dan menunggang sebuah motosikal serta memakai topi keledar berwarna kuning cuba mencium dan merabanya. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

MELAKA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai menjadi mangsa serangan seksual ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai runcit di Taman Krubong Jaya dekat sini Selasa lalu.

Mangsa yang merupakan murid sekolah rendah mendakwa seorang lelaki yang tidak dikenali dan menunggang sebuah motosikal serta memakai topi keledar berwarna kuning cuba mencium dan merabanya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama sepupunya berusia tujuh tahun dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kedai runcit di Taman Krubong Jaya.

Menurut beliau, pengadu yang merupakan ibu mangsa berusia 35 tahun memaklumkan, mangsa menceritakan insiden terbabit pada hari sama kira-kira jam 7.41 malam.

Katanya, pengadu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak pada jam 9.08 malam iaitu sehari selepas kejadian terbabit.

"Ketika mangsa menunggang basikal, sepupu mangsa telah di tolak hingga terjatuh daripada basikalnya oleh suspek.

"Suspek cuba mencium dan meraba kemaluan mangsa, namun mangsa sempat menendang lelaki tersebut dan terus melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya, orang awam yang mengetahui kejadian itu kemudian menahan mangsa berusia 17 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan Lima di sebuah taman permainan pada jam 11.30 malam.

Artikel Berkaitan:

"Suspek kemudian diserahkan kepada anggota Balai Polis Tanjung Minyak dan direman selama enam hari bermula Khamis lalu.

"Siasatan terhadap suspek masih dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017," ujarnya.